CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, October 15, 2008

Rakyat mahu PM yang bersih dan dilihat bersih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin dipandang paling berkelayakan untuk memimpin Umno oleh sebahagian ahli-ahli parti itu, tetapi beliau juga dipercayai dipandang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

"Urusan Umno, hak Umno dan kita tak mahu campur tangan. Tetapi dalam urusan kepimpinan negara, rakyat menuntut pemimpin yang mempunyai integriti. "Kita menuntut negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri yang bukan sahaja bersih, tetapi dilihat bersih,"

Masalah terbesar yang dihadapi Najib ialah beliau tidak dilihat bersih.

Kedudukan sebagai Presiden atau Pemangku Presiden Umno bukan satu-satunya syarat untuk menjadi Perdana Menteri. Faktor lain juga mesti diutamakan.
"Ketika negara malah dunia dilanda krisis ekonomi, kita tidak sanggup lagi mempunhyai Perdana Menteri yang tidak diyakini para pelabur asing. Dakwaan 9:37 AM 10/9/2008pelabur asing takut untuk melabur ke negara ini semakin banyak diperkatakan sekarang.

"Kita bimbang Perdana Menteri yang tidak dilihat bersih akan memburukkan lagi rasa takut para pelabur untuk melabur ke negara ini,"

Saya memohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memberi perhatian utama dan penting terhadap apa yang akan dihadapi oleh negara ini apabila, untuk pertama kalinya, seseorang yang tidak dilihat bersih akan menjadi Perdana Menteri. "Kesemua Perdana Menteri dari Almarhum Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak memulakan tempoh mereka sebagai Perdana Menteri dengan imej yang tidak dilihat bersih. Najiblah orang yang pertama memulakan tempoh sebagai Perdana Menteri dengan imej yang berbahaya kepada negara itu,"

Sokongan majoriti Ahli Parlimen sahaja sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri tidak memadai untuk kepentingan negara.
"Oleh kerana rasuah dan penyelewengan semakin canggih perlaksanaannya sekarang, seseorang yang dilihat bersih sekalipun perlu melalui penapisan atau vetting sebelum menjadi Perdana Menteri.

"Lulus dalam penapisan itu juga sepatutnya menjadi satu lagi syarat untuk diterima sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong,"

"Perkara ini perlu diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu oleh kerana Yang di-Pertuan Agonglah yang akan memberi persetujuan dan menyampaikan watikah perlantikan untuk membolehkan seseorang menjadi Perdana Menteri,"


Jika Najib lulus penapisan itu, katanya lagi, maka beliau bukan sahaja bersih malah perlu dilihat bersih.

"Pengunduran (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) juga menimbulkan pelbagai spekulasi apabila blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, mempersoalkan adakah Abdullah pernah menerima RM200 juta dari isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Banyak perkara yang berbangkit. Jika benar Rosmah memberikan RM200 juta kepada Abdullah, apa sebab dan tujuannya? Adakah untuk menutup mulut? Kalau benar untuk menutup mulut kes apa?

"Lebih dari itu, bagaimana isteri Timbalan Perdana Menteri boleh memiliki dan membahagi-bahagikan yang begitu banyak dengan mudah sewenang-wenangnya?

"Jika apa yang dipersoalkan oleh Sheih itu betul, ia amat membahayakan negara,"

Forum “Conversion to Islam”/“Memeluk Islam” – ISA Bukan Penyelesaian - Bhg 1

Maksud firman Allah SWT:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:256)
Maksud firman Allah SWT:
“... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)

Malaysia Negara SEKULAR?
Ramai orang bertanya kepada saya apabila isu mengenai Islam dibincang dan dipersoalkan melalui forum awam atau wacana yang boleh menimbulkan sensitiviti. Yang terbaru forum bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia (the Bar Council Malaysia) yang hanya sempat berlangsung kira-kira 1 jam sebelum ianya diberhentikan atas arahan PDRM kerana desakan sekumpulan kira-kira 500 orang Islam yang memprotes forum tersebut. Forum tersebut berlangsung di bangunan ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu.

Forum tersebut hanya satu contoh dari pelbagai perbincangan atau dialog terbuka kepada orang ramai. Ia bukannya majlis ilmu yang eksklusif atau wacana khusus di kalangan ilmuan di pusat-pusat pengajian.

Bagi menjawab persoalan seperti ini, mungkin perlu kepada suatu penyelidikan ilmiah, namun kepada orang awam saya percaya tidak sukar untuk difahami mengapa pada masa-masa kebelakangan ini, agama Islam sering dikontroversi atau dipertikaikan samada kedudukan Islam dalam Perlembagaan sebagai agama Persekutuan Malaysia atau akta/enakmen Pentadbiran Islam di negeri-negeri. Bahkan kadang-kadang penguatkuasaan sebahagian undang-undang Pentadbiran Islam itu sendiri dihalang oleh pimpinan politik pihak yang berkuasa sendiri (UMNO/BN).

Hari ini pihak-pihak yang mempersoalkan perkara-perkara tersebut atau menjadikannya isu-isu sensitif bukan semata-mata orang bukan Islam. Malah sebahagian yang menjadi aktivis dan mengepalai “gerakan” mempertikai hukum-hakam Islam yang qat‘ie terdiri dari golongan intelektual muslim. Sekadar contoh, nama-nama seperti Kassim Ahmad, Farish A Noor, Malik Imtiaz Sarwar, Haris Ibrahim, Akbar Ali, Zaid Ibrahim, Zainah Anwar dan Shad Saleem Faruqi adalah golongan yang aktif menyertai perbincangan baik melalui penulisan atau forum-forum awam.

Sebenarnya perkara seperti ini tidak timbul serta-merta. Ia adalah natijah dari suatu proses yang panjang sejak negara mencapai kemerdekaan hampir 51 tahun yang lalu apabila kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan (Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan) ditafsir hanya sebagai religion yang difahami oleh Barat/bukan Islam. Ia ditafsirkan sebagai agama yang hanya mencakupi hubungan manusia dengan Tuhan dan perkara-perkara berbentuk ritual dan upacara semata-mata. Akibatnya negara (dulunya Tanah Melayu) dianggap sebuah negara SEKULAR. Walaupun terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri (di mana DYMM Raja-Raja menjadi Ketua Agama Islam), namun Islam masih ditafsirkan dalam perkara yang berkaitan dengan perkara ibadat khusus dan hal ehwal peribadi dan kekeluargaan sahaja.

Era Tunku Abdul Rahman
Semenjak Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Malaysia ditegaskan sebagai negara SEKULAR terutama apabila ada saranan-saranan untuk melaksanakan syariah Islam atau apa jua sistem pemerintahan Islam. Bagaimanapun, kerja mengislamkan orang bukan Islam tidak pernah menimbulkan sebarang masalah. Tiada pihak yang mempertikaikan pengislaman samada individu atau kumpulan. Tunku sendiri mengetuai usaha dakwah di seluruh negara apabila beliau menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (asalnya Malaya) yang dikenal dengan PERKIM.

Di Sabah pula diketuai oleh Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun melalui United Sabah Islamic Association (USIA). Di Sabah, orang Kadazan memeluk Islam beramai-ramai (saya pernah mengislamkan orang Kadazan di Majlis Pengislaman beramai-ramai di kediaman Tun Datu Mustapha sekitar tahun 1975). Di Semenanjung, PERKIM mengislamkan penganut Buddha atau Taoisme dari kaum Cina dan penganut Hindu dari kaum India. Antara yang awal-awal memeluk agama Islam melalui PERKIM ialah Ong Yoke Lin yang kemudian dikenal dengan Tun Dato’ Seri Haji Omar Yoke Lin, seorang tokoh MCA.

Era Tun Abdul Razak
Dalam era pemerintahan Tun Abdul Razak selama lebihkurang 5 tahun, negara ditumpukan kepada perpaduan masyarakat pelbagai kaum berasaskan kepada Dasar Ekonomi Baru. Akibat tragedi berdarah 13 Mei 1969, pembangunan warganegara ditekankan kepada persefahaman dan saling mengerti di antara Melayu dan bukan Melayu melalui majlis-majlis perhimpunan mahabbah (lebih dikenal dengan muhibah). Tidak timbul sebarang isu tentang Islam dalam hubungan dengan bukan Islam. Namun Malaysia tetap sebuah negara SEKULAR tetapi tidak diwar-warkan oleh Tun Razak. Malah di zaman beliaulah meningkatnya pentadbiran Islam apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini dikenal dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penubuhan Bahagian Agama di JPM adalah hasil penyertaan PAS dalam kerajaan campuran dengan Perikatan yang kemudian berubah menjadi Barisan Nasional (BN).

Melalui Institut Dakwah dan Latihan Islam di Bahagian Agama JPM (lebih dikenal dengan Pusat Islam), di mana saya sendiri dilantik menjadi pengarahnya, kegiatan dakwah beranjak paradigmanya ke arah memberikan pemahaman dan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen yang syumul kepada generasi muda, para pelajar, pegawai serta kakitangan kerajaan dan pasukan polis dan tentera. Malah kami telah merancang untuk membawa dakwah ke Istana Negara. Tun Razak bersetuju dengan perancangan itu kira-kira 2 minggu sebelum beliau meninggal dunia. Tidak pernah timbul pun isu-isu melibatkan Islam seperti yang ada sekarang.

Era Tun Hussein Onn
Dalam zaman Tun Hussein Onn, keadaan dakwah kurang menggalakkan. Beliau yang terlatih sebagai pegawai tentera begitu jelas sikap SEKULARnya. Kegiatan dakwah mulai tersekat, saya masih ingat apabila satu kumpulan pegawai tentera yang sepatutnya menghadiri kursus kefahaman Islam dibatalkan atas arahan Kementerian Pertahanan yang diterajui sendiri oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Alasannya kerana kumpulan pertama seramai 35 orang dikatakan membawa masalah kerana ada di kalangan mereka yang tidak bersedia lagi menandatangani inbois pembelian arak di mes pegawai tentera selepas mengikuti kursus kefahaman Islam di bawah pimpinan saya. Saya sendiri dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir mengenai perkara ini.

Dalam era Tun Hussein Onn, ABIM dianggap sebagai badan NGO pembangkang walaupun PAS berada dalam kerajaan campuran dengan BN. Pada satu ketika, Perdana Menteri Hussein Onn berura-ura hendak mengharamkan ABIM yang kononnya menggugat keselamatan negara kerana suasana keamanan di Asia Tenggara ketika itu berada dalam ancaman Komunis di Vietnam dan Kampuchea. Bagaimanapun, beliau terpaksa membatalkan ura-uranya itu kerana mungkin tidak dipersetujui oleh PAS yang dipimpin oleh Datuk Asri Muda ketika itu. Perkembangan PAS masuk ke kawasan rancangan Felda yang di bawah portfolio Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Asri Muda, menyebabkan UMNO tidak lagi selesa bersahabat dengan PAS dalam BN.

PAS Ditendang Keluar BN
Akhirnya, PAS diusir dari anggota gabungan BN dan kerajaan Kelantan yang diperintah PAS digantung apabila keadaan darurat diisytiharkan oleh Perdana Menteri. Dalam PRU 1978, PAS menerima kekalahan teruk dan Kelantan tumbang ke tangan BN Kelantan yang diterajui Tengku Razaleigh Hamzah. Pertarungan politik antara UMNO-PAS melonjak kembali. Pusat Islam yang aktif selama kira-kira 5 tahun bersama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjadi muram akibat penyingkiran PAS. Ustaz Hassan Shukri, Timbalan Yang Dipertua YADIM, terpaksa disingkirkan atas arahan Perdana Menteri walaupun Yang Dipertuanya, Tun Syed Nasir tidak begitu selesa dengan penyingkiran Ustaz Hassan itu. Saya sendiri ditukarkan ke Kementerian Pelajaran selepas berjaya melaksanakan Bulan Dakwah di seluruh negara dengan kerjasama YADIM dengan penyertaan penceramah-penceramah dari pimpinan PAS yang sudah meninggalkan BN. Pada tahun 1981 Tun Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana sebab-sebab kesihatan dan beliau meninggalkan pemerintahan negara dengan dasar SEKULAR yang lebih jelas.

Era Dr Mahathir
Tibalah zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohammad yang berkuasa selama kira-kira 22 tahun. Dr Mahathir semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri adalah Menteri Pelajaran yang begitu tegas menghadapi pelajar-pelajar yang aktif dalam dakwah (pro-Islam) terutama pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Beliau menulis sebuah buku berjodol “Cabaran” yang menggambarkan pemikiran beliau terhadap Islam dan gerakan dakwah. Buku tersebut mengandungi ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi bagi mengukuhkan hujah-hujah beliau untuk mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau mengenai Islam/dakwah. Pada suatu peringkat ketika beliau baru dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan masih menjawat jawatan Menteri Pelajaran, beliau bercadang hendak mengharamkan sebuah buku berjodol “The Milestone” (terjemahan “Maalima fit-Tariq” - Syed Qutb Asy-Syahid). Beliau melihat buku itu menjadi punca lahirnya kumpulan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang beliau kategorikan sebagai pelampau.

Bagaimanapun setelah berlaku dialog antara saya, Dr Kamal Hassan dan beberapa orang lagi, beliau menunda hasratnya itu. Dalam tempoh pemerintahan beliau, gerakan dakwah mengalami pelbagai tekanan dan tohmahan. Dr Mahathir menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan untuk menghadapi PAS dan gerakan Islam. Kebimbangan beliau bahawa PAS akan berganding bahu dengan ABIM mendorongkan Dr Mahathir mengisytiharkan program penerapan nilai Islam dalam pentadbiran negara. Beliau menjanjikan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan Bank Islam Malaysia, bahkan beliau berjanji akan menutup kasino di Genting Highlands. Dengan strategi inilah, beliau berjaya membawa masuk Presiden ABIM, Saudara Anwar Ibrahim (kini DSAI). ABIM sendiri hampir kehilangan arah beberapa ketika, nak sokong UMNO tak kena, tak sokong PAS pula agak menghairankan kerana ketika PAS menyertai kerajaan campuran Perikatan BN, pimpinan ABIM tidak begitu selesa menerimanya.

Selama 20 tahun lebih, Dr Mahathir menghentam PAS dengan menggunakan strategi mempertikai dan mempersoalkan hukum-hakam Islam hatta sampai kepada amalan sunnah menyimpan janggut dan berserban pun tidak terlepas dari serangan beliau. Program ibadah seperti qiamullail, usrah, derma jihad, pendidikan pra-sekolah PAS (PASTI) tidak sunyi dari serangan Dr Mahathir. Dalam era beliaulah, beberapa kali percubaan mengharamkan penggunaan perkataan “Islam” pada nama parti PAS dilakukan hingga sampai ke peringkat menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Persidangan Majlis Raja-Raja. Namun percubaan itu gagal apabila Majlis Raja-Raja tidak berkenan dengan cadangan tersebut. Dr Mahathir pernah mencadangkan kepada Majlis Raja-Raja supaya jawatan mufti di negeri-negeri dihapuskan dan hanya seorang mufti dilantik di peringkat kebangsaan, tetapi cadangan Dr Mahathir itu tidak diperkenan oleh Majlis Raja-Raja. Bahkan seluruh rakyat negara dan semua DYMM Raja-Raja masih ingat Rapat Umum di seluruh negara yang dibuat dalam pemerintahan Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan rakyat meminda Perlembagaan mengenai imuniti Raja-Raja. Beliau berjaya berbuat demikian apabila pindaan perlembagaan mengenainya diluluskan di Parlimen pada tahun 1986.

Dr Mahathir seorang yang terkenal pintar berdebat dan berhujah, dan diakui pembacaan beliau sangat meluas, kerana itu beliau mampu mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menolak sebahagian hukum-hakam yang terkandung secara nas dalam Al-Quran atau As-Sunnah. Yang lebih penting, beliau sangat berani memberikan pendapatnya, hatta dalam perkara yang boleh menjejaskan aqidah seorang muslim. Di sana-sini apabila beliau berucap terutama dalam Perhimpunan Agung UMNO, ada saja isu tentang Islam yang beliau pertikaikan. Tidak ada sebarang ulama’ dalam UMNO yang berani menyanggah beliau samada yang berjawatan dalam kabinet atau di luar kabinet. Berucap di luar negara pun, pernah beliau mengatakan undang-undang hudud seperti yang tersebut di dalam Al-Quran adalah zalim atau tidak adil seperti hukum potong tangan ke atas pencuri, kerana menurutnya, ia menyebabkan pesalah tidak boleh lagi membuat kerja untuk menyara hidup.

Berkali-kali beliau menyarankan supaya Al-Quran ditafsirkan semula mengikut keadaan semasa. Hukum-hakam dalam kitab feqah perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman moden hari ini. Kesemua ini adalah gara-gara yang membawa kepada fenomena yang kita saksikan pada hari ini. Dr Mahathir begitu tegas memberi amaran kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya beliau tidak cuba melaksanakan Kanun Jenayah Syariah negeri Kelantan pindaan 1993, yang mengandungi undang-undang hudud. UMNO di bawah pimpinan Dr Mahathir melahirkan pemimpin-pemimpin yang berani mempertikai hukum Islam dan mencabar perintah-perintah Allah. Kesemuanya dilakukan hanya kerana menentang PAS supaya tidak dapat mempengaruhi masyarakat Islam menyokong perjuangannya.

Dalam zaman Dr Mahathir, pelbagai label dan jenama buruk diberi kepada PAS atau gerakan Islam. Istilah pelampau, ekstremis, ajaran sesat, mental block dan jumud adalah perkara biasa yang dilemparkan kepada orang PAS. Selepas peristiwa 11 September 2001, istilah-istilah tersebut dipakej dalam satu istilah global yang dicipta oleh George Bush iaitu “Islamic Terrorism”. Dalam pakej ini termasuklah Jemaah Islamiyah (JI) dan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Akibatnya, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Dr Mahathir menarik bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) atas alasan sekolah-sekolah tersebut melahirkan terroris Islam seperti yang dibisikkan oleh Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan Amerika kepada Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak selepas peristiwa 11 September 2001.

Tiba-tiba kira-kira 3 minggu selepas 11 September itu, Dr Mahathir mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah negara Islam. Beliau membuat pengisytiharan itu ketika merasmikan Perhimpunan Agung parti Gerakan di Kuala Lumpur pada 29 September 2001. Dr Mahathir berbuat demikian kerana menyahut cabaran Presiden PAS supaya beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mahathir mendakwa Malaysia memang layak diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam kerana ianya sebuah negara anggota OIC dan Malaysia mempunyai penduduk majoritinya beragama Islam. Lebih penting lagi kerajaan Malaysia diterajui oleh orang Islam di mana Perdana Menteri dan ramai Menteri Kabinetnya adalah orang Islam.

Dr Mahathir dengan bangganya mengatakan bahawa dengan pengisytiharan tersebut, kerajaan yang dipimpin beliau terus didokong oleh rakan-rakan komponennya dari parti-parti yang bukan muslim seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, SUPP dan lain-lain.

Tidak ada mana-mana pihak dalam BN persoalkan konsep negara Islam Malaysia yang diumumkan Dr Mahathir. Dr Mahathir pun tidak menjelaskan samada Malaysia masih sebuah negara SEKULAR atau SEKULARISME Malaysia sudah berakhir. Beliau cuma menegaskan bahawa tanpa melaksanakan undang-undang hudud tidak semestinya kelayakan menjadi negara Islam itu gugur. Apahal pun mulai 29 September 2001, Malaysia adalah sebuah negara Islam. Beliau berhujah bahawa semua negara Islam anggota OIC tidak pun melaksanakan undang-undang hudud (sebenarnya ini tidak tepat). Pemerintahan Dr Mahathir berakhir pada 31 Oktober 2003.

Era Abdullah Ahmad Badawi
Abdullah yang mesra dipanggil “Pak Lah” menerajui pemerintahan negara Malaysia sebagai negara Islam OIC dalam senario “Islam sebagai Ad-deen” yang terus ditegaskan oleh PAS dengan rakannya parti Keadilan (sekarang PKR) melalui manifesto Barisan Alternatif (BA) PRU Ke-10 1999 kepada PRU Ke-12 2004. Pak Lah tidak gunakan strategi “penerapan nilai islam dalam pentadbiran” yang digunakan oleh Dr Mahathir. Beliau tentu saja tidak mahu ikut pendekatan BA yang menjadikan Islam sebagai Ad-Deen. Maka Pak Lah mencipta sendiri pendekatan beliau dengan membawa “Islam Hadhari”.

Beliau mempromosikan Islam Hadhari ke sana dan ke mari, di dalam dan luar negeri. Pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan dan swasta wajib mengikuti kursus-kursus mengenai Islam Hadhari. Pelajar-pelajar universiti, badan-badan NGO juga diberi kursus mengenai Islam Hadhari. Pak Lah mahu membuktikan beliau Perdana Menteri yang lebih memahami dan menghayati Islam daripada mantan bosnya Dr Mahathir. Kebetulan Malaysia mengetuai negara-negara anggota OIC sebagai pengerusi, maka Islam Hadhari dipromosikan kepada negara-negara anggota melalui pelbagai seminar dan forum antarabangsa.

BN di bawah pimpinan Abdullah Badawi memenangi lebih 2/3 majoriti dalam PRU Ke-11 2004. Islam Hadhari seolah-olah mengukuhkan kedudukan negara Islam Malaysia yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepada Pak Lah. Bagaimanapun, penyerahan pimpinan kepada Pak Lah dilakukan oleh Dr Mahathir secara separuh hati kerana hasrat beliau sebenarnya hendak menyerahkan kepimpinan negara kepada Najib Tun Razak. Sepanjang kempen mewar-warkan Islam Hadhari, Pak Lah tidak disertai oleh Timbalannya, Najib Tun Razak dan juga Menteri-menteri Kabinetnya. Berkemungkinan Najib pun tak faham, apa itu Islam Hadhari kerana Dr Mahathir sendiri mempertikaikan Islam Hadhari itu. Tentu sajalah Najib cenderung kepada pendirian Dr Mahathir mengenai Islam Hadhari. Bagaimanapun, Tan Sri Dr Abd Hamid Othman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, bersama-sama Datuk Mohd Nakhaie, Yang Dipertua YADIM, berkerja keras membantu Pak Lah meng”hadhari”kan Islam di seluruh negara. Hampir kesemua mufti-mufti diajak mengaminkan Islam Hadhari itu.

Dengan penuh keyakinan, Pak Lah mahu membuktikan beliau lebih berjaya daripada Dr Mahathir dalam pentadbiran negara dengan menggunakan pendekatan 10 prinsip Islam Hadharinya yang langsung tiada kaitan dengan penerapan nilai Islam Dr Mahathir. Beliau juga mahu membuktikan kepada PAS bahawa UMNO di bawah pimpinannya tidak kurang Islamiknya daripada PAS yang sering dituduh oleh UMNO memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Pak Lah berasa aman dengan Islam Hadharinya menerajui kerajaan BN yang berjaya menumbangkan kerajaan PAS Terengganu, mencemaskan kerajaan PAS Kelantan dengan kemenangan majoriti tipis 2 kerusi, dan mengalahkan hampir semua anggota Parlimen PAS dan Keadilan yang menang dalam PRU Ke-10 1999. Pak Lah seolah-olah berjaya membawa majoriti rakyat Malaysia melupai bahawa Malaysia negara SEKULAR. Tiba-tiba ketenangan Pak Lah dengan Islam Hadharinya dikejutkan oleh tindakan 9 orang Menteri Kabinetnya yang bukan Islam dari parti-parti komponennya yang terdiri dari MCA, MIC, Gerakan, PBS, SUPP dan lain-lain. Mereka menyerahkan satu memorandum kepada Abdullah Badawi menuntut supaya Artikel 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan supaya dimansuhkan. Mereka mendakwa peruntukan tersebut menghalang kebebasan beragama di kalangan bukan Islam kerana peruntukan itu memberi bidang kuasa mutlak kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan kedudukan Islam seseorang yang meninggalkan agama tersebut samada ia sabit murtad atau ia masih tetap seorang muslim. Artikel 121 (1a) ini sebenarnya merupakan jantung kepada negara Islam Malaysia yang diumumkan oleh Dr Mahathir. Peruntukan ini dibuat dalam pindaan Perlembagaan pada September 1988. Saya kurang pasti tarikhnya, samada jatuh pada tarikh yang sama dengan pengumuman Dr Mahathir bahawa Malaysia negara Islam.

Memorandum 9 Menteri Kabinet bukan Islam itu merupakan ledakan rasa tidak puas hati golongan orang bukan Islam yang paling bersejarah selepas negara mencapai kemerdekaan 5 dekad. Memorandum itu juga merupakan pakej bantahan rasmi rakan-rakan UMNO dalam komponen BN terhadap negara Islam yang diumumkan Dr Mahathir kira-kira 4 tahun sebelum peristiwa bersejarah ini.



Selepas peristiwa bersejarah ini, berderetanlah timbulnya isu-isu mempertikaikan Islam yang ditaja oleh Majlis Peguam dan pelbagai kumpulan pejuang hak asasi manusia. Ini termasuklah rancangan penubuhan Inter Faith Commision of Malaysia (IFCM), public forum entitled “Federal Constitution: Protection for All”, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan lain-lain. Termasuk juga isu perbicaraan Lina Joy yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa. Kesemua ini adalah fenomena yang secara tabienya adalah hasil dari dasar SEKULAR negara yang menjadikan Islam hanya sebagai agama ritual dan upacara. Ia adalah ibarat buah yang sudah cukup ranum dari pohon SEKULAR yang ditanam, dibajai dan dijaga bersungguh-sungguh selama 50 tahun dan tibalah musim menuainya dalam era Abdullah Badawi. Kebetulan pula ia mudah dituai kerana kepimpinan Pak Lah yang lemah membuka ruang untuk pelbagai pihak mencabar kerajaan UMNO/BN. Apatah lagi mantan bosnya sentiasa merendah-rendahkan kepimpinan beliau. Maka forum awam bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited” adalah hanya salah satu dari rangkaian fenomena tersebut. Ia tidak akan dapat diselesaikan dengan tindakan ISA kepada mereka yang terlibat menganjurkannya. Tindakan seperti itu hanya ibarat menyapu sampah ke bawah tikar/permaidani.

Bersambung dalam bahagian kedua (akan disenaraikan fakta-fakta dan peristiwa yang akan menjustifikasikan premis dan natijah yang disimpulkan dalam Bahagian 1 ini).

Mampukah Najib Menyelamatkan Ekonomi Malaysia?

Selepas pertukaran portfolio antara Pak Lah dan Najib serta pengisytiharan oleh Pak Lah bahawa beliau tidak akan mempertahanan jawatan Presiden UMNO, semua mata tertumpu kepada Najib. Kegawatan ekonomi sedunia mengakibatkan negara negara besar dunia sekalipun tidak mampu untuk menghalang tempiasnya. Apatah lagi negara kita. Pastinya akan berhadapan dengan satu krisis ekonomi yang cukup membebankan rakyat.

Mampukah Najib mengelakkan kegawatan ini dari berlaku? Atau sekurang kurangnya untuk mengurangkan kesannya? Inilah yang akan diperhatikan. Inilah yang akan menjadi satu cabaran yang bakal menentukan nasib Najib. Dengan segala bebanan politik yang ada pada parti UMNO dan dirinya, sudah tentu ianya bukan kerja mudah. Masa lima bulan yang ada adalah satu jangkamasa yang pendek berbanding 5 tahun yang ada pada poket Pak Lah sebelum ini. Itupun beliau bukanlah mempunyai kebebasan dan kuasa seorang Perdana Menteri untuk menjalankan tugasnya.

Maka senyumnya di kala Pak Lah mengumumkan beliau tidak ingin cuba mempertahankan jawatannya sebelum ini bukan mudah untuk dikekalan sebelum beliau naik ke kerusi Perdana Menteri. Seandainya beliau tidak menggunakan segenap kuasa dan pengalaman yang ada, ianya akan pasti memberi kesan kepada pemilihan pemimpn UMNO yang akan berlaku di bulan Mac tahun hadapan.

Namun sekiranya ia adalah sebaliknya, maka, Najib akan mendapat satu momentum baru, khususnya meraih undi di kalangan bukan Melayu. Ini pastinya satu perkembangan yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin parti Pakatan Rakyat.

Sekiranya Pak Lah benar benar ikhlas untuk memberikan tampuk kuasa itu kepada Najib, beliau perlukah bangkit dari lenanya. Walaupun dikatakan itu pengorbanan, dikatakan ianya demi kepentingan parti dan negara, ia tidak cukup dengan kata kata.

Malah andainya Pak Lah betul betul ingin membebaskan dirinya daripada sebarang tanggungan dengan beban amanah yang digalas, beliau perlu melakukan banyak perkara untuk membetulkan perjalanan pentadbiran negara. Ini termasuklah sistem kehakiman dan ISA, rasuah yang dijanjikan untuk diperangi dan menjawab pelbagai lagi soalan yang tidak terjawab.

Demi kepentingan negara, Pak Lah perlulah jujur dalam setiap tindak tanduknya nanti. Selamat menghabiskan hari hari terakhir sebagai Perdana Menteri buat Pak Lah. Selamat maju jaya buat Najib.

Krisis ekonomi: PM umum kaji semula projek, Najib gesa siap sedia-petikan M star

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula beberapa projek termasuk di kawasan koridor pembangunan wilayah ekoran krisis ekonomi global yang dihadapi sekarang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan demikian di sini sebentar tadi.


Malah, Abdullah juga meminta pengguna menggunakan kuasa membeli mereka untuk memaksa peniaga dan penjual menurunkan harga barangan selepas kerajaan menurunkan harga bahan api buat kali ketiga berkuat kuasa semalam.


Di KOTA KINABALU, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mesti bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku dalam berhadapan dengan kemelut kewangan global pada masa ini.


Beliau berkata walaupun kemelut itu dijangka memberikan impak kepada ekonomi Malaysia, terutamanya tahun depan, ia tidaklah seteruk negaranegara lain kerana Malaysia telah membuat perubahan struktural kepada ekonominya sejak krisis kewangan Asia 10 tahun lepas.


"Kita sedang memantau keadaan itu secara dekat agar kita dapat bertindak menurut apa yang diperlukan," kata beliau dalam ucapannya pada majlis pembukaan Ekspo Antarabangsa Sabah (SIE) 2008 di 1Borneo Hypermall.


Najib berkata apa yang berlaku baru-baru ini dalam dunia kewangan telah sekali lagi membuktikan yang "kita tinggal dalam dunia yang benarbenar dihubungkan dan globalisasi, sama ada kita suka atau tidak".


"Lehman Brothers, Goldman Sachs, Merrill Lynch dan AIG dan banyak lagi mungkin agak jauh dari kita tetapi hakikatnya apabila mereka bermasalah, kebanyakan bahagian dunia juga akan bermasalah," kata beliau.


Najib berkata, oleh yang demikian, Malaysia perlu dipantau, memberi respons dan mengguna pakai strategistrategi perniagaan baru kerana persekitaran perniagaan global sentiasa berubahubah.


"Negara-negara yang suatu masa dulu bukan dalam saingan kita telah menjadi pesaing serius untuk mendapatkan pelaburan asing langsung (FDI), seperti Vietnam, China dan India," kata beliau.

Wednesday, July 2, 2008

Hina kaum India:ADUN minta tidak dipanjangkan lagi

IPOH 30 Jun - Pengerusi MIC Bahagian Gopeng, M. Krishnan merayu masyarakat India supaya tidak lagi membangkitkan isu berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Hamidah Osman yang disifatkan menghina kaum tersebut.

Beliau menegaskan, isu tersebut tidak seharusnya dipanjangkan kerana Hamidah sudah tiga kali memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat India berhubung perkara tersebut.

Katanya, beliau bersama ahli-ahli MIC Bahagian Gopeng juga sudah memaafkan Hamidah dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada ADUN tersebut.

''Saya merayu semua ketua-ketua cawangan dan pemimpin pertubuhan terutama di kawasan Gopeng supaya segera menamatkan isu ini demi menjaga keharmonian kaum di negara ini," katanya.

''MIC Bahagian Gopeng menyokong penuh Hamidah dan sudah melupakan kenyataan diucapkan oleh beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Krishnan dan beberapa wakil pemimpin dari MIC, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kuil-kuil di daerah Gopeng telah mengadakan perjumpaan dengan Hamidah bagi membincangkan isu tersebut.

Dalam perjumpaan itu, Hamidah sekali lagi memohon maaf buat kali ketiga di atas keterlanjuran mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina kaum India kepada Speaker Dewan, V. Sivakumar semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat lalu.

Hamidah membangkitkan kemarahan masyarakat India di negara ini termasuk Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu apabila bertanyakan kepada Sivakumar sama ada bersetuju dengan peribahasa mengatakan 'kalau jumpa ular dan orang India, bunuh orang India dulu'.

''Saya ingin meminta maaf seikhlas-ikhlasnya kerana tidak sengaja telah menyinggung perasaan kaum India di Malaysia.

''Kenyataan saya itu hanya perumpamaan Melayu yang bermakna jangan putar belitkan kata-kata tetapi mungkin maksudnya secara langsung menyinggung perasaan kaum India," jelasnya.

Ditanya kenapa beliau mengeluarkan kenyataan itu, Hamidah memberitahu, tujuannya hanya mahu mendesak Sivakumar menunaikan janjinya agar membenarkan ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membahaskan titah ucapan Sultan Perak pada persidangan DUN.

''Khamis lalu, semua 28 ADUN pembangkang bertindak keluar dewan sebagai bantahan terhadap Sivakumar yang tidak menunaikan janji Timbalan Speaker untuk membenarkan Raja Ahmad Zainuddin berucap.

''Apabila menghadiri persidangan pada keesokan harinya, saya dengan tidak sengaja mengeluarkan kenyataan itu dengan niat mahu mengingatkan Sivakumar agar menunaikan janji tersebut," katanya

Saya tak terlibat-Najib Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat oleh pembantu Anwar pada Sabtu lepas.

Timbalan Perdana Menteri turut menafikan dakwaan yang beliau turut terbabit dalam mengancam keselamatan Anwar.

"Kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah mengancam nyawanya (Anwar) dan tidak terlibat dalam sebarang perbuatan mengugut atau mencederakan ahli politik di Malaysia.

"Kita tidak bercadang berbuat demikian. Itu bukan amalan kerajaan BN," katanya di lobi Parlimen di sini selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing.

Sementara itu, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada persidangan berita kelmarin bagi menyangkal laporan polis yang dibuat oleh pembantu Anwar di Balai Polis Travers turut mendakwa kes itu sebagai satu konspirasi politik terhadap suaminya.

Pada sidang akhbar tersebut Wan Azizah telah menunjukkan gambar lelaki yang membuat dakwaan itu bersama seorang pegawai kanan di pejabat Timbalan Perdana Menteri yang didakwanya diterima menerusi SMS.

Sementara itu, Najib berkata, gambar pegawainya yang diambil dengan pegawai Anwar di pejabatnya pada 12 Februari lepas adalah selepas pegawai Anwar datang ke pejabatnya bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran

Inul~

DIJEMPUT HADIR BERAMAI2 BAGI MEMERIAHKAN HIBURAN BERTEMAKAN DANGDUT HADHARI,RAKYAT DI HATI.

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut sensasi dari seberang ini yang cukup terkenal dengan 'goyang gerudi'nya.

Inul Daratista yang pernah 'menggegarkan' Stadium Merdeka menerusi konsert sulungnya kira-kira tiga tahun lalu akan kembali mengadakan konsert istimewanya di Johor Bahru pada 19 Julai ini bertempat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin.

Inul akan adakan konsert di Johor pada 19 Julai ini
Kali terakhir penyanyi berusia 29 tahun itu beraksi di Malaysia ialah pada Konsert Rentaq Serantau yang berlangsung awal tahun 2007 di Stadium Melawati, Shah Alam yang turut menggabungkan artis tempatan terkemuka iaitu Search dan Ella.

Inul Live In JB dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd ini akan menyaksikan penyanyi yang popular dengan lagu Goyang Inul ini mengadakan persembahan selama lebih kurang dua jam dengan diiringi oleh Audensi Band yang dibawakan khas dari Indonesia.

IMS Prima Sdn Bhd juga merupakan penganjur konsert sulung Inul di Kuala Lumpur pada tahun 2005 itu.

Konsert yang bakal bermula sekitar jam 8.45 malam itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan oleh vokalis utama kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan, Faiza yang juga turut bertindak sebagai hos konsert.

Turut menjayakan konsert ini kelak ialah band wanita yang pernah popular dengan lagu Akan Ku Tunggu, Candy, yang dijangka akan beraksi selama lebih kurang setengah jam sebelum disusuli dengan persembahan Ratu Dangdut itu.

Bagi yang ingin menyaksikan konsert Inul Live In JB, tiket berharga RM50 dan RM100 boleh dibeli di sekitar pusat beli-belah di Johor Bahru.

Warkah buat Pak Lah

sodih boto den dgn luahan surat nih... Sumo orang nogeri wajib baco surat ni…

Sapo2 yg x phm loghat nogori sembilan...boleh la suruh kawan2, jiran2 atau pun yg sewaktu dongannyo tlg translet lorat nogeri nie....slmt membaco ujang & milah yg dlm myspace.



--------------------------------------------------------------------------------

kepado Pak Lah den... Pedano Mentori sey yg paling den sayangi...I lap u

namo sey di kampong ni ogang panggil si SAMAT...namo oghang putih sey kek myspace ni pulak "Uncel Sam" ....pengundi bedaftar DUN CHOMBUNG, PARLIMEN ROMBAU...alaaaa tompek si KERY yg abah'eh JAMALUDIN tuuu...makkk aiiii!!!!!!! .....tak kona ko'???? apoo lah ekau ni!!!!
menantu PAK LAH tu laaaaa....suko bona' sey ngan dio tu...ghaso nk buek
menantu lak... tapi dah di kobeh si pelakon Maya Karin.



sey nulih surat ni bukan apo...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek pak lah
sobab naik'an hargo minyak ari tu..
lopeh ini bilo hargo minyak naik..tak soba pulak ghaso eh...tonto hargo barang lain pun naik gak
laaaa...banggo boto' sey ghaso eh...mewah...mcm duduk kek LAS VEGAS lak...HIDUP PAK
LAH!!!!!!! "HIDUP BN"

sey janji ngan pak lah yg sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung
yg dah merah menyalo mato'eh & pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor...

sey sanggup bekoban untuk UMNO dan BN ni..
anak sey yg 8 org tu yg dh buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh
sekolah buek bantu mak ayah diorang ni haaa...kok tk bekojo pun buleh la
jadi mat rompit lumbo moto dari SENAWANG hinggo kek Pulau Sobang tu...dapek gak la duit sesikit...
buleh gak la menoruskan tradisi keluargo sey yg 7 keturunan ni yg nyokong UMNO dan BN

ghaso2 sey ni nk ubahsuai bilik bilik yg ado kek ghumah sey...nk buek
tompek bolo ikan & tanam sayur cagho hidroponik (apo binchek'eh ni???) sey
tepakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat yo...

rebet yg pak lah bagi kek sey memang melampuh2 lobeh'eh dari keperluan semaso sey..
bilo sey congak2.. sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari.. ado
la untung 21 sen...bak kato si SAIDA AF6 "OK LAA TUUUU"

sey tak pakai pon keto... sobab bilo minyak naik hargo.. sey kono jual
datsun kotak mancis peninggalan aruah datok sey tu.. dapek gak la duit....tokih2 gotah pun ado la hasil' eh..

team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari2 berjalan kaki tak pun
naik beska' poie sekolah...ado la 5 km...dokek yor tuuuuu...gaso sey budak si KERY tu lotih jugo laa...
walaupon gaji sey ni rm 1000..sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...

buek permulaan nk ngubah kehidupan sey..
sey tak akan guno'an gulo bilo buek kopi... tak akan guno'an topung untuk
buek kodok

sey nak ganti'an bogheh ngan ubi... tiap hari sey ngan keluargo akan
berposo (kecuali pado hari hari yg dilarang beposo)
sey akan buek minyak masak sendiri
itu antaro caro sey ngubah caro hidup..
ade banyak laie caro
semuo kerano UMNO dan BN...

dan sey mintak bona' Pak Lah naik'an laie hargo minyak yg ado..
bukan tu yorrr.. sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab org sbolah
rumah sey nih org pembangkang...dio slalu guno highway yg si Samy Velu buek tuu, biar padan muko eh...tu la...suko bona' nyokong Pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon...palo
hayah dio tu...


nnt Pak Lah buleh la melawat sey dan sedokah pado sey solai duo kain pelikat
bilo dh nak dokek2 pilihanraya nanti...
insyaallah kain pelikat tu sey nk bubuh dlm frame dah tu gantung kek dinding rumah...
tapi jangan lupo lak.. Pak Lah sain otogeraf yor kek kain tu....

jgn lupo Pak Lah.. naik'an laie hargo minyak..
jgn la diturun'an gaji mentori2 tuuu..siannn diorang...kang apo lak anak
bini'eh nk mentodarah....
sey totap nyokong Pak Lah..

akhir kato biar Pak Lah sonang, si budak KERY tu pun nompang sonang...janji biar kami papo kedano.. hidup UMNO, hidup BN..

sekian timo kasih..

ps/ sampai'an salam sey kek si KERY samo PATRICK BADAWI tu yor..tak lupo
gak tuan punyo syarikat SCOMI...sapo tah namo'eh...lupo lak...

sey nak bepantun sekojap ni haa..
pocah kaco, pocah golas,
sudah baco, harap baleh.

Wednesday, June 25, 2008

Kerajaan BN cuba sembunyi kerugian sebenar akibat rasuah?

PARLIMEN, 24 Jun – Taksiran jumlah kerugian negara akibat gejala rasuah yang dijawabkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pada sesi soal jawab lisan bercanggah dengan jumlah yang diperolehi Pakatan Rakyat melalui laporan yang dikeluarkan Morgan Stanley.Berdasarkan laporan Morgan Stanley, sebuah dana syarikat antarabangsa terkemuka menyatakan bahawa sejak 80-an hingga kini, jumlah kerugian yang membabitkan amalan rasuah di Malaysia adalah sebanyak USD100 billion. Angka ini bercanggahan dengan jumlah yang dijelaskan menteri berkenaan yang melibatkan kerugian hanya RM270 juta.Lantaran fakta yang dikemukakan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) dalam soalan tambahannya kepada menteri berkenaan, Nazri sebaliknya hanya meminta agar pihak Morgan Stanley memaklum dan mengemukakan perkara tersebut kepada pihak kerajaan.Tindakan Nazri yang kurang bertegas mempertahankan fakta kerajaan seolah-olah memperlihatkan perkara tersebut sebagai angka yang direka kerajaan dan mencerminkan sikap kerajaan yang cuba menyembunyikan sesuatu mengenai jumlah sebenar kerugian negara akibat gejala ituSeharusnya menteri berkenaan mengakui ada kemungkinan laporan yang dikemukakan institusi tersebut ada kebenarannya atau setidak-tidaknya menyatakan kemungkinan berlaku kesilapan kerajaan dalam membuat taksiran-AMK

SMS ancaman:Ahli Parlimen SAPP dipanggil pulang

KOTA KINABALU 23 Jun – Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee memanggil pulang dua Ahli Parlimen parti itu daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini, atas alasan keselamatan.Menurutnya, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr. Chua Soon Bui kini berhadapan dengan ancaman peribadi daripada pihak tertentu ekoran keputusan mereka untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.‘‘Selepas melihat tindak balas daripada beberapa pihak terhadap pendirian SAPP, mereka dipanggil pulang ke ibu pejabat parti untuk membincangkan tindakan selanjutnya termasuk soal keselamatan diri, keluarga dan pejabat,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.Teck Lee berkata, sejak pengumuman hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada 18 Jun lalu, SAPP telah dinasihatkan oleh rakan-rakan supaya tidak memandang ringan ancaman dan risiko yang mungkin timbul.‘‘Malah dalam tempoh 24 jam selepas keputusan itu, ada kalangan kami melaporkan terdapat pelbagai cubaan untuk menakut-nakutkan SAPP,’’ katanya.Beliau memberitahu, antaranya ialah ancaman melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Ahli Parlimen berkenaan daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Calon pemilihan UMNO dilarang hadir majlis tahlil,kenduri

PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Malaysia hari ini.Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November manakala peringkat Pusat yang menjadi tumpuan perebutan jawatan tertinggi parti dari 16 hingga 21 Disember.Perkara 8.2 tataetika tersebut juga melarang pengundian ala ‘sistem rakit’ yang menetapkan ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti.Larangan itu dibuat bertujuan mengelakkan kewujudan kem tertentu pada pemilihan parti yang boleh memecahbelahkan UMNO.Pengundian secara ‘sistem rakit’ kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi calon tertentu yang mengandungi senarai nama ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.Di peringkat bahagian dan cawangan pula, ditetapkan ‘barisan kepimpinan’ yang dilarang digunakan meliputi ketua bahagian/cawangan serta timbalannya, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.Menurut tataetika tersebut, mana-mana ahli UMNO yang mempunyai maklumat mengenai gejala sistem rakit boleh membuat laporan kepada Ibu Pejabat UMNO.Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, mereka yang terlibat dengan kesalahan tataetika boleh dihukum termasuk digantung keahlian dan dipecat daripada parti.Mengikut Perkara 7.2 tataetika pula, adalah menjadi satu kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin.Jika berlaku, perbuatan itu akan dianggap sebagai menghina parti.

Calon pemilihan UMNO dilarang hadir majlis tahlil,kenduri

PUTRAJAYA 23 Jun – Berkuat kuasa bulan depan, calon-calon yang terlibat dalam pemilihan UMNO ditegah menggunakan ejen, pelobi, pengurus kempen dan perayu undi bagi mengelakkan risiko digantung keahlian dan dipecat daripada parti.Tataetika baru pemilihan UMNO yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi (MT) baru-baru ini turut melarang calon-calon daripada menghadiri majlis perkahwinan, tahlil dan kesyukuran yang dikhuatiri digunakan untuk meraih undi.Tataetika itu mengkehendaki ahli parti dan calon tidak terlibat dalam salah laku tersebut dan mematuhi ‘tempoh pemilihan’ yang meliputi jangka masa enam bulan sebelum dan enam bulan selepas pemilihan berlangsung.Sepanjang tempoh pemilihan, ahli-ahli UMNO juga dilarang menerima atau membenarkan anggota keluarga, termasuk isteri, menerima sebarang bentuk hadiah seperti tambang percuma, kemudahan perjalanan, saham, konsesi, kontrak, gelaran dan anugerah.“Kecuali majlis pertemuan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Jawatankuasa Penyelaras Pemilihan negeri di bawah seliaan Badan Perhubungan UMNO negeri, ahli-ahli parti dalam tempoh pemilihan dilarang menganjurkan sebarang pertemuan.“Contohnya, ahli menghadiri dan menganjurkan kenduri atau majlis tahlil yang disertai pula oleh calon yang berucap untuk meraih undi,” menurut kandungan tataetika itu yang diperoleh Utusan Malaysia hari ini.Pemilihan UMNO di peringkat cawangan akan bermula dari 17 Julai hingga 24 Ogos ini, bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November manakala peringkat Pusat yang menjadi tumpuan perebutan jawatan tertinggi parti dari 16 hingga 21 Disember.Perkara 8.2 tataetika tersebut juga melarang pengundian ala ‘sistem rakit’ yang menetapkan ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan tertinggi secara pakej atau kem untuk dipilih oleh perwakilan pada pemilihan semua peringkat parti.Larangan itu dibuat bertujuan mengelakkan kewujudan kem tertentu pada pemilihan parti yang boleh memecahbelahkan UMNO.Pengundian secara ‘sistem rakit’ kebiasaannya digerakkan oleh ejen atau pelobi calon tertentu yang mengandungi senarai nama ‘Kabinet bayangan’ kepimpinan dari peringkat Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.Di peringkat bahagian dan cawangan pula, ditetapkan ‘barisan kepimpinan’ yang dilarang digunakan meliputi ketua bahagian/cawangan serta timbalannya, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri.Menurut tataetika tersebut, mana-mana ahli UMNO yang mempunyai maklumat mengenai gejala sistem rakit boleh membuat laporan kepada Ibu Pejabat UMNO.Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin, mereka yang terlibat dengan kesalahan tataetika boleh dihukum termasuk digantung keahlian dan dipecat daripada parti.Mengikut Perkara 7.2 tataetika pula, adalah menjadi satu kesalahan bagi ahli-ahli UMNO mempertikaikan keputusan-keputusan MT dan Lembaga Disiplin.Jika berlaku, perbuatan itu akan dianggap sebagai menghina parti.

Tahniah TPM kerana wang RM1juta

Taniah TPM kerana wang RM1juta.Salam sahabat blog...Pagi tadi sewaktu memandu dalam kereta sempatlah buka radio... memang dah jadi kebiasanpun sebenarnya mendengar radio di waktu pagi dalam perjalanan ke tempat kerja. Cuma pagi ni sedikit kejutan pada saya bila mendengar berita jam 7 di Radio Satu. Kejutan apa ye? Kejutan pada saya mungkin perkara biasa pada sahabat bukan? Manusia punya perbezaan persepsi dan tanggapan. Saya terima.Oklah terus pada pokok persoalan, kalau tak salah pendengaran saya, TPM kita Datok Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan insentif khusus untuk pemenang-pemenang hadiah utama dalam kejohanan Olimpik tahun ini. Antara insentif utama tersebut ialah...1) RM1 juta diberikan kepada pemenang pingat emas dan ikuti dengan yang lain.2) Kenaikan elaun/pencen... diberikan selagi hayat hidup. Kepada pemenang pingat emas elaun dinaikan dari RM3000 ke RM5000, pemenang pingat perak RM1500 dinaikkan ke RM3000 dan pemenang pingat gangsa dari RM1000 ke RM2000.Saya tak pasti apa tanggapan sahabat terhadap insentif dan anugerah ini. Cuma pada saya ia adalah satu insentif yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi disaat seluruh rakyat dihadapkan dengan kegawatan dan diminta untuk berhemat dan cermat dalam perbelanjaan. Nilai 1 juta untuk sebutir pingat emas amatlah besar. Terlalu besar!!!. Terlalu besar hanya untuk dibazirkan begitu sahaja. Saya tahu dan paham sangat ia sebagai satu dorongan untuk anak muda kita mencipta kegemilangan di sukan berprestij di dunia itu. Saya juga paham entah berapa orang sahaja rakyat Malaysia yang mampu melakar sejarah di sukan tersebut. Paham sangat. Cuma berbaloikah kita membazirkan wang sebanyak itu hanya kerana inginkan kemegahan dan kehebatan, hanya kerana ingin di pandang gah di dunia.Pada saya, anugerah ini juga satu lagi sikap ambik mudah kerajaan dalam membenjakan wang rakyat. Wang yang datang dari hasil penat lelah dan keringat rakyat di seluruh pelusuk negeri. Betapa senangnya kerajaan membazirkan wang rakyat dan betapa kita terus dipaksa dan terpaksa berhemat dan cermat dalam perbelanjaan.Betapa kontranya!!!… dan saya juga pasti anugerah ini akan menanamkan sikap ambik mudah anak muda kita kepada ilmu dan pendidikan.Ala… nak jadi kaya, nak jadi jutawan hanya perlukan kemahiran dalam sukan dan seni muzik!!! Mudah bukan? Anda hanya perlu berani mencipta kelainan dalam dua dunia ini… Anda pasti berjaya!!! Sesungguhnya betapa berjayanya protokol Yahudi yang di tanam sekelian lama akhirnya kerajaan Negara Islam sendiri yang menjayakannya…Sekian buat kali ini, yang baik itu dari NYA dan yang buruk itu adalah dari kejahilan diri ini…-AmirDarkJustice AMK P.Pinang

Poligami

Salah sahabat seperjuangan...Tadi semasa minum-minum di kanti seorang sahabat saya ada ceritakan tentang tulisan ustazah mashitah didalam akhbar Utusan Malaysia 2 minggu yang sudah... dan kebetulan plak tajuk yang agak hangat dan sentiasa hangat di pasaran mungkin jauh lebih hangat dari soal harga minyak... Silap-silap panasnya boleh membakar.... Huhu. Oklah. Tertarik dengan komen Ustazah Mashitah tentang poligami yang hangat baru-baru ni... Lelaki berkahwin 4 dengan persetujuan semua isterinya... Semua kenalkan Ustazah Mashitah Timbalan Menteri di Jab. Perdana Menteri sekarang ni dan terdengar juga desas desusnya mungkin antara calon Timbalan atau ketua wnaita UMNo huhu. Hangat tu... Tahniah ustazah.Memetik kata-kata ustazah " poligami bukanlah untuk tujuan berbangga, dan dipertontonkan kepada orang ramai " begitu bunyinya... Erm, pada saya, lelaki tersebut bukanlah berbangga sangatpun dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Cuma di sini apabila perlakuannya dihidu oleh massa begitulah jadinya. Sesuatu yang pada massa adalah luar biasa pastinya menjadi buruan. Kalau perlakuan biasa pastinya tidak mempunya nilai berita. Secara jujur saya hormat dan tabik spring pada mereka yang mampu berlaku adil dan seterusnya mengamalkan poligami menepati apa yang telah diamalkan oleh baginda SAW. Rasanya, sanjungan harus diberikan kepada beliau kerana berpoligami secara jujur, berani dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh hukum samada hukum ketetapan agama juga undang-undang ciptaan manusia hari ini....
Bayangkan apa terjadi, andai beliau menggunakan saluran yang tidak betul... berkahwin di negara jiran misalnya? pasti akan berpanjangan ceritanya. Kebetulan dua tiga hari yang lepas... saya ada bersembang dengan seseorang yang mengadu berkahwin secara senyap di negara jiran. Perkahwinan sebagai isteri kedua... dan sekarang beliau telah mengandung anak sulung mereka. Perkahwinan mereka telahpun didaftarkan di sini cuma masalahnya si suami tidak ada keberanian dan kekuatan sebagai lelaki berpoligami. Masih berselindung dari isteri pertamanya dan akhirnya isteri kedua ini mula makan hati... Siapa harus dipersalahkan? Masih mencuri-curi kerumah isteri keduanya... Seolah mereka bukan pasangan yang sah!!! Begitukah yang kita mahu? Kadang-kadang saya menjadi pelik, betapa sesetangah di antara kita membenarkan suami punya wanita lain asalkan jangan berkahwin!!! waliya zubillah.Untuk anda yang bernama suami... Segalanya pada anda, gunakanlah apa jua jalan yang terbaik sekiranya anda ingin mengamalkan sunnah yang satu ini. Kebijaksanaan anda menjadi nakhoda pada sebuah kapal, pasti kapal anda tidak akan hancur dipertengahan jalan walau bagaimana hebatnya gelombang yang mendatang. Anda harus punya kekuatan sebagai seorang nakhoda. Andai anda yang lemah apa lagi yang mampu dilakukan oleh anak-anak kapal anda.Maafkan saya ya, wahai yang bergelar wanita... anda memang tidak akan berpuas hati walau bagaimana bentuk poligamipun dilakukan oleh suami anda. Begitu bukan? Berpoligami secara sah juga pasti akan mengundang keributan pada anda, apa lagi berpoligami secara sulit!!! Entahlah. Sukar sangatkah untuk seorang wanita menerima sesuatu yang telah dietapkan oleh Allah? Kalau seorang ustazahpun begitu!!! apa lagi yang boleh dibuat oleh mereka yang tidak punya apa-apa. Huhu...Cukup dulu untuk kali ini... pastinya sekejap lagi saya akan dihujani dengan peluru-peluru dari sahabat bernama wanita huhu...tolong...tolong Walau apapun saya Redha... kerana kadangkala memang kebenaran itu sesuatu yang amat pahit untuk dihadam... Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Poligami

Salah sahabat seperjuangan...Tadi semasa minum-minum di kanti seorang sahabat saya ada ceritakan tentang tulisan ustazah mashitah didalam akhbar Utusan Malaysia 2 minggu yang sudah... dan kebetulan plak tajuk yang agak hangat dan sentiasa hangat di pasaran mungkin jauh lebih hangat dari soal harga minyak... Silap-silap panasnya boleh membakar.... Huhu. Oklah. Tertarik dengan komen Ustazah Mashitah tentang poligami yang hangat baru-baru ni... Lelaki berkahwin 4 dengan persetujuan semua isterinya... Semua kenalkan Ustazah Mashitah Timbalan Menteri di Jab. Perdana Menteri sekarang ni dan terdengar juga desas desusnya mungkin antara calon Timbalan atau ketua wnaita UMNo huhu. Hangat tu... Tahniah ustazah.Memetik kata-kata ustazah " poligami bukanlah untuk tujuan berbangga, dan dipertontonkan kepada orang ramai " begitu bunyinya... Erm, pada saya, lelaki tersebut bukanlah berbangga sangatpun dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Cuma di sini apabila perlakuannya dihidu oleh massa begitulah jadinya. Sesuatu yang pada massa adalah luar biasa pastinya menjadi buruan. Kalau perlakuan biasa pastinya tidak mempunya nilai berita. Secara jujur saya hormat dan tabik spring pada mereka yang mampu berlaku adil dan seterusnya mengamalkan poligami menepati apa yang telah diamalkan oleh baginda SAW. Rasanya, sanjungan harus diberikan kepada beliau kerana berpoligami secara jujur, berani dan mengikuti apa yang ditetapkan oleh hukum samada hukum ketetapan agama juga undang-undang ciptaan manusia hari ini....
Bayangkan apa terjadi, andai beliau menggunakan saluran yang tidak betul... berkahwin di negara jiran misalnya? pasti akan berpanjangan ceritanya. Kebetulan dua tiga hari yang lepas... saya ada bersembang dengan seseorang yang mengadu berkahwin secara senyap di negara jiran. Perkahwinan sebagai isteri kedua... dan sekarang beliau telah mengandung anak sulung mereka. Perkahwinan mereka telahpun didaftarkan di sini cuma masalahnya si suami tidak ada keberanian dan kekuatan sebagai lelaki berpoligami. Masih berselindung dari isteri pertamanya dan akhirnya isteri kedua ini mula makan hati... Siapa harus dipersalahkan? Masih mencuri-curi kerumah isteri keduanya... Seolah mereka bukan pasangan yang sah!!! Begitukah yang kita mahu? Kadang-kadang saya menjadi pelik, betapa sesetangah di antara kita membenarkan suami punya wanita lain asalkan jangan berkahwin!!! waliya zubillah.Untuk anda yang bernama suami... Segalanya pada anda, gunakanlah apa jua jalan yang terbaik sekiranya anda ingin mengamalkan sunnah yang satu ini. Kebijaksanaan anda menjadi nakhoda pada sebuah kapal, pasti kapal anda tidak akan hancur dipertengahan jalan walau bagaimana hebatnya gelombang yang mendatang. Anda harus punya kekuatan sebagai seorang nakhoda. Andai anda yang lemah apa lagi yang mampu dilakukan oleh anak-anak kapal anda.Maafkan saya ya, wahai yang bergelar wanita... anda memang tidak akan berpuas hati walau bagaimana bentuk poligamipun dilakukan oleh suami anda. Begitu bukan? Berpoligami secara sah juga pasti akan mengundang keributan pada anda, apa lagi berpoligami secara sulit!!! Entahlah. Sukar sangatkah untuk seorang wanita menerima sesuatu yang telah dietapkan oleh Allah? Kalau seorang ustazahpun begitu!!! apa lagi yang boleh dibuat oleh mereka yang tidak punya apa-apa. Huhu...Cukup dulu untuk kali ini... pastinya sekejap lagi saya akan dihujani dengan peluru-peluru dari sahabat bernama wanita huhu...tolong...tolong Walau apapun saya Redha... kerana kadangkala memang kebenaran itu sesuatu yang amat pahit untuk dihadam... Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri.Wabillahitaufiq walhidayah,Wassalamualaikum warahmatullah

Najib nafi kes Altantuya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bermotif politik.Timbalan Perdana Menteri berkata, tuduhan dan pembohongan Raja Petra itu adalah 'sampah' yang sengaja direka semata-mata bagi memburukkan imejnya yg dah pun buruk.Katanya, polis sudah mengambil kenyataan Rosmah dan selepas ini akan mengambil kenyataan beliau serta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."Saya harap siasatan itu dapat diselesaikan segera kerana saya tidak nampak alasan lain kenapa dakwaan itu ditimbulkan," katanya.Minggu lalu, Raja Petra membuat akaun bersumpah bahawa ada tiga orang hadir pada tempat dan masa berlakunya pembunuhan Altantuya iaitu Rosmah, Pemangku Kolonel, Aziz Buyong yang juga seorang pakar bom C4 dan isterinya yang juga pengawal pengiring Rosmah, dikenali sebagai Norhayati.Raja Petra dalam akuan bersumpah menyatakan beliau sudah dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai secara pasti bahawa Perdana Menteri sudah menerima satu laporan perisikan tentera mengenai perkara itu.Selain itu, beliau mendakwa seorang Raja juga sudah dimaklumkan mengenai dakwaan itu.

kerna serban?

OKS bukan lebai’Oleh Isma Ismailisma@hmetro.com.myKOTA BHARU: “Orang Kena Saman (OKS) beritahu saya, dia pelajar pondok dan pada pemahaman saya dia masih lagi seorang pelajar,” kata seorang anggota polis dalamperbicaraan terhadap seorang pelajar pondok berserban yang didakwa melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di Mahkamah Majistret di sini, semalam.Saksi pendakwa yang bertugas sebagai anggota Unit Peronda, Konstabel Che Sidek Omar Mat Hassan, berkata pelajar terbabit ketika ditahan memberitahu statusnya sebagai pelajar pondok, maka tindakan saman boleh diambil kerana pelajar terbabit belum layak dianggap lebai kerana masih belajar.Menurutnya, dia memahami Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian saman hanya untuk seseorang bergelar haji, hajah, Sikh dan lebai.Prosiding itu berlangsung di hadapan Majistret Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas pelajar Madrasah al-Diniah al-Bakriah, Pusat Pengajian Islam Pondok, dekat Pasir Tumboh, Ahmad Nasir Darus, 27, mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar di Jalan Pasir Tumboh di sini, jam 6.30 petang pada 20 September 2007.Pemuda itu didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama.Jika disabitkan kesalahan boleh menyebabkan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir selaku OKS diwakili peguam, Ahmad Rizal Affande Zainol.Menurut Che Sidek, pelajar terbabit tidak memakai topi keledar, sebaliknya berserban dengan ikatan kemas dan pada masa sama tidak menunjukkan sebarang dokumen menyatakan dia dikecualikan memakai topi keledar.Terdahulu, saksi itu turut disoal Ahmad Rizal mengenai pemahamannya terhadap peruntukan Kaedah Motosikal yang menyebut pengecualian saman.Ahmad Rizal merujuk maksud lebai dipetik dari Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bermaksud orang yang tahu tentang agama, orang yang melakukan kerja bersangkutan agama dan gelaran kepada orang yang tahu hal ehwal atau taat kepada agama.Che Sidek yang sudah enam tahun bertugas sebagai anggota polis, memberitahu dia mendapati Ahmad Nasir itu mempunyai ciri seorang lebai, tetapi tidak bersetuju cadangan Ahmad Rizal saman terhadap pelajar berkenaan menyalahi Pemberitahuan Pengecualian 1975 bagi Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar Keselamatan) 1973.Ketika prosiding, Ahmad Rizal turut meminta saksi pendakwa menunjukkan bukti dirinya beragama Islam kepada mahkamah, sebelum Che Sidek bersetuju mengucap dua kalimah syahadah serta menyatakan maksudnya di hadapan majistret bagi membuktikan kepada mahkamah dia beragama Islam.Kemudiannya, Tengku Amalin menetapkan 21 Julai nanti sebagai tarikh hujahan bertulis kedua-dua pihak, diikuti hujahan balas peguam bela dan hujahan pihak pendakwa masing-masing pada 4 dan 18 Ogos ini, sebelum keputusan kes ditetapkan pada 15 September depan.Selesai prosiding berkenaan, Ahmad Nasir disambut dan diiringi kira-kira 100 pelajar pondok tempat dia belajar yang juga hadir dengan berserban dan berjubah.Sebaik Ahmad Nasir keluar dari dewan mahkamah kira-kira jam 12.30 tengah hari, mereka berkumpul dan mengamimkan doa dibacakan seorang daripada rakannya.

Polis durjana

KUALA LUMPUR: Keadaan gadis yang mendakwa menjadi mangsa rogol seorang anggota polis amat membimbangkan apabila dia dikatakan berkelakuan seperti orang gila dan sering menangis serta ketawa seorang diri.Menurut abang ipar mangsa yang enggan dikenali, dia dan keluarga amat risau dengan kelakuan adik iparnya itu yang berkelakuan ganjil sejak dikatakan diperkosa di sebuah balai polis, Rabu lalu.“Adik ipar saya tidak seperti dulu, dia enggan ke sekolah kerana trauma akibat diperkosa anggota polis terbabit.“Kami sekeluarga amat sedih setiap kali melihat dia menangis dan kemudian ketawa seorang diri secara tiba-tiba. Memang lagak seperti orang kurang siuman,” katanya, semalam.Sementara itu, seorang lagi saudara mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Mohd Rizal, 29, berkata dia dan penduduk kampung hanya mengetahui peristiwa malang itu Sabtu lalu dan amat marah dengan kejadian itu.“Saya dan 20 penduduk kampung membawa mangsa ke balai polis berkenaan untuk mencari anggota terbabit namun dia dikatakan tidak bertugas.“Kami kemudian menemani mangsa untuk membuat laporan di balai polis terbabit berikutan kejadian yang tidak sepatutnya dilakukan seorang anggota polis itu,” katanya.Dia juga menyatakan kekesalannya berhubung kejadian yang menimpa gadis berusia 17 tahun itu dan meminta siasatan terperinci dijalankan untuk mengelakkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) tercalar.Baginya, polis sepatutnya melindungi orang awam dan bukannya bertindak di luar batasan undang-undang.Harian Metro semalam melaporkan dakwaan gadis terbabit yang dikatakan dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 20-an di sebuah balai polis di Puchong.Difahamkan, sebelum itu, mangsa bersama teman lelakinya ditahan kerana tidak mempunyai lesen motosikal lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat sekitar jam 5 pagi.Bagaimanapun mangsa yang disoal siasat di bilik berasingan dipaksa berbogel.Mangsa pada mulanya enggan menuruti arahan, tetapi terpaksa akur selepas anggota terbabit mengugut mencederakan teman lelakinya.Selepas dibebaskan, mangsa yang masih terkejut merahsiakan peristiwa hitam yang menimpanya daripada pengetahuan teman lelaki dan keluarganya.Dia hanya menceritakan perkara itu kepada seorang individu yang dirahsiakan identitinya selepas dua hari kejadian itu menimpanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Putra Height.

Cik Rosmah kite

25/06/2008 12:45pmKUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi kenyataan kepada pihak polis berhubung siasatan mengenai perakuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan tersebut.Menurutnya, perakuan sumpah itu tidak benar dan merupakan satu usaha untuk mencemarkan kerjaya politik beliau.Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asiang Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen hari ini.- Utusan

Keciann kat pelajar Malaysia!

BANGI - Dapat pinjaman tapi habis bayar yuran!Itulah dilema ditanggung oleh sebahagian besar pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang yang dikatakan semakin tertekan kerana terpaksa menanggung beban yuran pengajian dan penginapan yang didakwa mereka terlalu tinggi.PELAJAR sebuah IPTS menunjukkan jumlah pinjaman PTPTN yang tidak mencukupi bagi menampung kos pengajian dan sara hidupnya.Rata-rata mereka mendakwa, perbelanjaan untuk keperluan itu melebihi daripada jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga ada di kalangan pelajar terbabit terpaksa mencari kerja sambilan.Kenaikan kos hidup termasuk makan minum dan pelagai keperluan pembelajaran lain berikutan harga bahan api meningkat baru-baru ini semakin memeritkan kehidupan mereka sebelum memegang segulung diploma atau ijazah.Baki daripada PTPTN itu tidak mencukupi untuk menampung kos sewa yang hampir mencecah RM1,000 semester menyebabkan mereka dalam keadaan dilema.Justeru, mereka yang mendapat pinjaman PTPTN mengharapkan jumlah pinjaman yang diterima dikaji semula mengikut keperluan sekarang agar meringankan beban yang sedia ditanggung.Seorang pelajar tahun pertama Diploma Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej swasta di sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Nor Ashikin, 19, memberitahu, dia terpaksa bekerja sambilan semasa cuti semester bagi menampung yuran pengajian berjumlah RM3,700 setiap semester sedang pinjaman PTPTN yang diperolehnya sebanyak RM4,000 sahaja."Pinjaman dan hasil kerja sambilan, saya gunakan untuk menampung kos belajar kerana selepas bayar yuran pengajian, baki wang saya hanya tinggal RM300, belum termasuk bayaran penginapan mencecah RM1,000 semester," katanya.Jelas beliau, apabila memohon tinggal di luar kampus, permohonan ditolak dengan alasan pihak kolej milik kerajaan negeri itu tidak mahu menanggung kerugian."Jika pelajar tidak tinggal di kampus, pihak kolej perlu bayar kepada syarikat tertentu, jadi mereka wajibkan pelajar tinggal di kampus untuk elak tampung bayaran itu, jadi saya tiada pilihan," katanya.Tambah Nor Ashikin, setiap semester dia bukan sahaja memerlukan wang tambahan lebih RM1,500 lagi bagi menampung kos penginapan, pengangkutan, makan serta membeli buku rujukan.

Regu Razaleigh ialah Najib?

POLITIK ini sesuatu yang berwarna-warni. Ia hidup. Ia sentiasaberubah- ubah. Ia juga merupakan sesuatu permainan yang tidak mustahil.Macam- macam boleh terjadi. Semalam lain, hari ini lain dan esok sudahtentu menjanjikan kelainan.
Jika dahulu, ketika bertanding menentang Dr. Mahathir Mohamad dalamtahun 1987, Tengku Razaleigh Hamzah beregu dengan Musa Hitam tetapikali ini, entah dengan persetujuan Datuk Seri Najib Tun Razak atautidak, Razaleigh sudah mengumumkan secara rasmi, regunya ialah Najib.Bermakna, jika Razaleigh menang kerusi Presiden Umno hujung tahun ini,timbalannya masih Najib, yang juga merupakan regu dan pasangan PerdanaMenteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com

TUN M: MAKIN HATINYA SAKIT, DIA SEMAKIN 'JAHAT' - Malaysiakini
Apabila seorang bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad membuat komen tentang kenyataan terbuka Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akanbelot dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memang nyatalah ungkapan itu boleh disifatkan satu komen 'busuk hati' (dengan maaf).
Hinggakan Tun M sanggup meramalkan dengan pengakuan Najib itu dijangka UMNO akan hanyut dan begitu optimis meneka bahawa UMNO akan lebih parah dalam waktu terdekat merupakan satu ramalan yang sedikit sebanyak berunsur sangat dengki dengan kepimpinan Pak Lah yangkelihatan pasangan paling ideal buat ketika ini.

Tun M benar-benar yakin bahawa dengan kemerosotan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu adalah disebabkan Pak Lah semata-mata. Dalam gambaran kasarnya, Mahathir menganggap Najib seorang yang bodoh menyokong Pak Lah. Saya menyimpulkan kenyataan
Tun M itu membawa erti, Pak Lah dan Najib sebenarnya adalah anak didik beliau sekian lama. Belum pernah pula dizaman pemerintahan Tun M, dua insan ini, Abdullah dan Najib pernah terlepas cakap atau berkias-kias mahu melawan bos mereka Tun M.
Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com
Junjurkan Najib buat ikrar tidak lawan Pak Lah?-Malaysiakini TIMBALAN Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan,beliau tidak akan mengambil alih kepemimpinan Umno dan negara denganmemusnahkan parti yang bapanya sendiri (Allahyarham Tun Abdul RazakHussein) membanntu menubuhkannya.
Bercakap di London, Najib dipetik sebagai berkata; "Saya datangdaripada keluarga di mana ayahanda saya membantu menubuhkan Umno dansaya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terusmembangunkan parti ini,"Bukan main ramai yang terkejut dengan kenyataan Najib itu keranaselama ini Najib lebih banyak berdiam diri, seolah-olah memasangstrategi mahu merampas jawatan Presiden Umno dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan beregu bersama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,membuat desakan supaya peralihan kuasa dilakukan dalam kadar segera.
Ada sumber memberitahu, Najib sudah menyusun gerakan untuk mengutippencalonan sebagai Presiden Umno hingga menyebabkan penyandang jawatanPresiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak cukup percalonan.Mungkin orang yang paling kecewa dengan pendirian Najib ini ialahMuhyiddin yang sudah bersedia untuk bertanding jawatan TimbalanPesiden Umno. Namun, kata-kata Najib ini tetap kata-kata orangpolitik. Sila rujuk Berita Harian 4 Julai 2002, berita bertajuk' Dr Mahathirjanji terus khidmat kepada parti, negara' – dengan apa yang berlakusekarang, apabila Dr. Mahathir terus menerus menyerang PerdanaMenteri. Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com
Ikrar Kota London-Malaysiakini
Walaupun beribu batu dari tanahair, kota London memegang sejarah UMNOnya yang tersendiri. Ramai jagoan UMNO mendaki menara gading dan mendapat sentuhan permulaan politik di kota yang penuh bersejarah itu. Malah, jalinan persahabatan intim Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak terlahir di Kota London ini. Tunku sebagai Presiden Kesatuan Melayu Great Britain, Tun Razak sebagai Setiausaha Kesatuan. Apabila masa tiba untuk Tunku kembali, Tun Razak diamanahkan untukmenggantikanny a.Mungkin krisis 1969 yang melanda negara ketika dua sahabat ini memegang tampuk pemerintahan UMNO ternampak bayangannya dalam pergolakan hari ini. Namun, kelahiran MAGERAN dibawah jagaan Tun Razak diadunkan dengan peranan besar Tunku dalam merapatkan silaturrahim rakyat melalui program muhibahnya, berjaya membawa Malaysia kembali kearah pembangunan dan penyatuan. Tidak dinafikan ketika itu, akar umbi dan ahli UMNO bersatu bagi memastikan kerelevanan perjuangan diteruskan, baik dari segi mereka yang berjawatan, ahli biasa mahupun pegawai-pegawai Menteri.Mereka memainkanperanan yang begitu besar.
Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. comKisah Sanusi Junid pulak-Malaysiakini
Sanusi Junid pulak KISAH lelucon Melayu, Mat Jenin cukup sinonim dengan bekas Menteri Besar (MB) Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Tapi, bila dia sudah dilantik menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),mungkin orang ramai tidak lagi mahu mengaitkan kisah Mat Jenin dengan Sanusi.Apa yang menarik, Sanusi ini dikenali sebagai 'ulat buku'. Di rumahnya, dia ada banyak buku. Seperti biasa, bila kita nampak di rumah seseorang yang kita kunjungi, atau tersiar berita dalam surat khabar, kita terus beranggapan bahawa yang empunya buku itu, juga punya banyak ilmu. Tidak begitu sebenarnya. Banyak buku bukan bermakna banyak ilmu. Silap besar kalau kita tengok orang yang pegang buku, kita anggap dia kaki,membaca. Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com
Najib tidak akan berganding dengan Muhyiddin-Malaysiak ini
Jika Najib Perdana Menteri, bukan Muhyiddin Timbalannya KETIKA BN menghadapi suasana kurang selesa sekarang, hasil keputusanPRU 12, 8 Mac 2008, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang paling teruk menerima bebanan. Beliau dilihat keseorangan ketika diserang, bukan sahaja oleh lawan, malahan, oleh kawan-kawannya yang pernah suatu ketika dahulu, dalam menyambut kemenangan besar PRU11, 21 Mac 2004.
BN dilihat gagal menguruskan kekalahan. Semua orang nak menuding jari ke arah PM. Hebatnya PM, beliau tidak kisah dengan serangan dan tundingan itu. Hakikatnya, beliau sekarang sedang berhadapan 'suasana yang membenarkan' beliau menilai semula di mana kawan-kawan sejati, sewaktu menangis dan kenalilah kawan-kawan yang hadir ketika 'ketawa'. PM tidak perlu sedih dengan situasi ini, kerana di sinilah letaknya hikmah Allah di sebalik semua kejadian. Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com
KETUA PEMUDA: LAGI RAMAI LAGI MERIAH. TAPI APA ERTINYA JIKA SEKADAR CUBA-CUBA-Malaysiak iniTerakhir sekali setakat ini, seorang lagi menawarkan diri untuk bertanding Ketua Pergerakan UMNO iaitu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin. Ini menjadikan jumlah menunjukkan minat sudah menjangkau tiga orang.Mereka terdiri dari Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor.
Walaupun sebelum ini, gah bunyinya, penyandang jawatan naib ketua yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga akan merebut jawatan tertinggi pemuda itu, tetapi belum lagi dari kenyataannya sendiri membuat tawaran terbuka sepertimana orang lain.Seterusnya>>>http://www.raksasab n.blogspot. com

Hishamudddin memalukan bangsa!

http://raksasabn. blogspot. com
Hari ini adalah hari yang cukup bersejarah. Hari ini adalah hari dimana cucu pengasas UMNO dan juga anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua telah membuat sesuatu pengisytiharan yang menghina UMNO.
Saya percaya kita semua sudah sedia maklum akan permohonan maaf YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana mencium keris panca warisan sewaktu permulaan istiadat Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Siapa yang tidak kenal dengan Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pergerakan Pemuda paling penakut dan bacul dalam sejarah. Sering mengambil jalan selamat dan popular tanpa mengira kepentingan dan survival bangsa.

Ketetapan yang beliau ambil didalam mesyuarat majlis tertinggi Pemuda Barisan Nasional baru-baru ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau sama sekali tidak layak memimpin mana-mana jawatan dan sayap didalam UMNO.

Pemuda UMNO seharusnya merasa malu dan jelak akan perbuatan ketuanya ini. Pemuda UMNO perlu menolak habis-habisan acuan kepimpinan bangsawan seperti manusia ini. Apa salahnya mengagung-agungkan keris? Apa salahnya keris dijadikan sebagai lambing istiadat dan lambing perpaduan umat Melayu? Dan apa salahnya kita melihat keris sebagai simbol perjuangan yang perlu diteruskan oleh umat Melayu bagi membela bangsa sendiri.

Saya kira Hishammuddin langsung tidak mempunyai kefahaman tentang erti perjuangan mengangkat harakat bangsa itu sendiri. Maklumlah, anak bangsawan yang tidak sama sekali bertarung dalam kemelut bangsa, berpendidikan inggeris, membesar dengan penuh kemewahan dan akhirnya diberi laluan mudah didalam politik dengan alasan meneruskan legasi dan warisan kepimpinan. Saya ingin mengajak untuk kita menghentikan politik selamat "ala-hishammuddin" . Kita sudah tidak boleh terus menerus hidup didalam hidup yang serba kosmetik, tidak ada pendekatan yang praktikal bagi memenangi hati pengundi muda.

Saya terus-terang menyatakan bahawa salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional didalam pilihanrya yang lepas adalah disebabkan kegagalan Pergerakan Pemuda membawa golongan muda memahami dan menyanjungi perjuangan UMNO. Ini hakikat yang kita terima. UMNO menjadi semakin tidak relevan adalah disebabkan Pergerakan Pemuda menjadi semakin "syok sendiri" dan hanyut didalam pelbagai slogan retorik.

Saya sudah bosan melihat Pemuda terus-menerus diperbudak-budakkan . Saya juga sudah benci melihat Pergerakan Pemuda dipaksa bersikap rasional untuk kononya menjaga keharmonian semangat Barisan Nasional. Saya musykil dan tertanya-tanya kenapa kali ini rakan komponen menjadi terlalu sensitif merujuk kepada isu keris panca warisan walaupun telah diulang berkali-kali? Saya percaya MCA perlu diajar untuk menjadi lebih sopan apabila berhadapan dengan isu budaya.

Keris adalah simbol perjuangan yang tidak semestinya boleh dikaitkan dengan keganasan dan pertumpahan darah semata-mata. Hakikatnya keris adalah lambing perjuangan berterusan UMNO memartabatkan bangsa melayu daripada pelbagai sudut yang lebih universal dan komprehensif. Sekiranya kita sayangkan UMNO, marilah kita sama-sama menolak kepimpinan ala-bangsawan didalam parti. Sudah sekian lama Hishammuddin diberi jalan mudah.

Sudah sekian lama juga Pemuda tidak menjadi kuasa pendesak sebenar didalam dan diluar parti. Sudah semestinya, permohonan maaf sayap parti yang seharusnya menjadi kuasa pendesak ataupun benteng utama UMNO akan mengundang pelbagai persepsi buruk daripada rakyat dan umat Melayu. Tahniah kita ucapkan kepada Hishammuddin kerana menjadi Ketua Pemuda pertama yang memohon maaf dan tunduk kepada tekanan anti-melayu.

Saya ingin merayu kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda untuk kita bingkas bangun dan tolak mana-mana kepimpinan Pemuda yang mengamalkan politik selamat dan melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya. Martabatkanlah pemimpin yang benar-benar berani dan lahir daripada sepak terajang akar umbi, kerana ciri-ciri inilah yang kembali memartabatkan maruah Pergerakan Pemuda yang terjejas teruk akibat penangan pemimpin bangsawan ini.

Kisah Khir Toyo

Khir Toyo bukan datang dari keluarga bangsawan. Malah, ayahnya yang
berhijrah dari Jawa sebagai seorang buruh tidak pernah mengimpikan
seorang daripada sembilan anaknya dapat menjadi Menteri Besar
Selangor. Ketika bersekolah di Sabak Bernam, Khir sentiasa dilempar
dengan pelbagai tohmahan kerana asal usulnya. Oleh kerana itu, Khir
lebih suka bersendirian dan tersisih dari mana-mana kelompok utama di
bangku sekolah. Di Universiti, Khir tidak pernah aktif dalam kancah
politik menara gading kerana selalu menganggap dirinya tidak setaraf
dengan orang lain. Dia menganggap dirinya orang luar. Perkara ini
dikuatkan lagi memandang kepada nama yang telah diberi, tubuhnya yang
kecil serta ciri ciri mukanya yang tampak Jawa itu.
Namun nasibnya berubah apabila setelah tamat pelajaran, Khir telah
diambil dibawah sayap Dato' Aziz, ketika itu merupakan setiausaha
politik Tan Sri Abu Hassan. Ayahnya pernah bekerja didalam syarikat
kepunyaan Dato' Aziz dan atas desakan ayahnya, Khir telah diambil
dibawah sayap Dato' Aziz.
Dato' Aziz, telah meletakkan Khir sebagai calon EXCO Pemuda Negeri
Selangor. Ini telah menaikkan banyak kemarahan dikalangan pemimpin
muda di Selangor. Khir tidak menyerlah kerana dia tidak biasa beradu
tenaga dalam politik dan masih tidak mempunyai keyakinan diri yang
tinggi. Kegalan Khir menjalankan sebarang program yang baik di bawah
biro agama telah mengakibatkan Khir sentiasa ditegur oleh saf
kepimpinan Pemuda ketika itu, terutama Dato Hishammuddin Hussein.
Disini, dendam Khir terhadap Dato Hisham, seorang bangsawan yang kacak
mula membuak. Tetapi Dato' Aziz percaya Khir boleh dibentuk sebagai
naib yang setia kepada Tan Sri Abu Hassan. Dato' Aziz sekali lagi
memainkan peranan dengan menamakan Khir sebagai calon DUN Sungai Besar
pada Pilihanraya Umum 1999.
Pada tahun 2000, Selangor digegarkan oleh satu krisis kepimpinan
berikutan skandal yang melibatkan Tan Sri Abu Hassan Omar. Pintu
politik arus perdana terbuka untuk Khir apabila Dato' Aziz telah
memilihnya sebagai pemimpin boneka yang boleh dikawal oleh Tan Sri Abu
Hassan. Khir memang terhutang budi kepada Tan Sri Abu Hassan dan Dato'
Aziz, dari hanya seorang doktor gigi, mereka telah menaikkan Khir
menjadi orang yang paling berkuasa di Negeri Selangor. Pada peringkat
awal pemerintahan Khir, dia begitu taat kepada kedua-dua bossnya itu.
Namun, pendirian Khir mula berubah apabila bertemu dengan Faizal, yang
kini menjadi pegawai terkanan bekas Menteri Besar Selangor itu.
Berbeza dengan Khir, Faizal mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi.
Setelah diberi suntikan keyakinan oleh Faizal, Khir dalam senyap mula
menjalankan perancangan untuk menghakis segala pengaruh 'mentor'nya
itu dengan menggunakan kekerasan, wang ringgit dan ugutan. Dari segi
politik nasional pula Faizal telah mengerakkan bahtera Khir dengan
menggunakan wang ringgit titik peluh warga Darul Ehsan, syarikat Lebar
Daun dan Wijaya untuk menaikkan Khir. Pada pemilihan yang lepas telah
berjaya menggondol tempat pertama di dalam pertandingan Ahli Majlis
Tertinggi. Ramai yang terkejut dan khuatir melihat Khir mengatasi
gergasi-gergasi UMNO yang jauh lebih berpengalaman darinya.
Keyakinan diri Khir semakin meningkat. Pada tahun 2004, dia menang
besar di Selangor. Mentornya Dato' Aziz yang masih mempunyai kuasa
telah dilantik menjadi DUN. Kemenangan besar di Pemilihan UMNO dan
Pilihanraya telah mengubah Khir Toyo. Keyakinan dirinya semakin
menggunung. Cara Khir memerintah negeri Selangor bertambah berani. Isu
seperti Bukit Cerakah, Port Klang Free Zone, pembinaan perkampungan
EXCO bagi tujuan meraih sokongan politik menjadi bukti perubahan ini.
Apa strategi Khir untuk menguburkan politik Tan Sri Abu Hassan dan
Dato' Aziz?. Apakah Khir akan bertembung dengan musuh lamanya, wakil
pemuda dari golongan bangsawan UMNO, Dato Hisham? Apa cara yang
digunakan untuk membunuh Mohd Taib di Selangor?

when Tun Mahathir lashes out at Anwar

The story where Mahathir calls AI PM of Israel

When Mahathir lashes out at Anwar, will it catch fire?
Tun Dr Mahathir at the Perkim annual general meeting on Saturday. -
Picture by Choo Choy May for The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, March
31 – The fight to drag Anwar Ibrahim into a political mud-fight began
yesterday when Tun Dr Mahathir Mohamad went back to his playbook of
1998 and accused the de facto opposition leader of being a stooge for
foreign powers.Unlike 10 years ago, Anwar is not likely to be perturbed by this
attack. He will not take the bait and will dismiss his one-time mentor
as someone whose relevance to Malaysia has passed.
Anwar knows that he does not need to get into a street fight, as he is
viewed by many Malaysians as the man who is ushering in a new dawn for
the country while Dr Mahathir is seen as part of the old landscape.
Also, Anwar does not need to score points with Umno or convince them
of his fitness to lead. If anything, it is Dr Mahathir who has to
audition for their support as he sets about to force a change of
leadership in Umno. It was vintage Mahathir yesterday. He described
Anwar as "a man of many parts", someone with a forked tongue.
"When he talks about Islam, Muslims will think he's a champion of
Islam. When he is with the Jews, the Jews love him. When he is with
the Muslims, the Muslims love him. When he is with the temple groups,
they love him too.."Everybody loves him. He is a convincing orator… If the Malays are
willing to kowtow to the foreigners, then they can choose this
person," he said during a question-and- answer session after he opened
the annual general meeting of Persatuan Melayu Tanjong (Penang Malays
Association) here yesterday.When someone in the audience wondered whether Anwar stood a chance to be the next prime minister, Dr Mahathir suggested that he would make a
"good prime minister of Israel". This was not a shot in the dark as
the former PM knows that Muslims here have great animosity with Israel
over that country's handling of the Palestinian issue.
When the former prime minister sacked Anwar Ibrahim from the party and
government 10 years ago, he repeatedly accused his one-time protégé of
being a lackey of the West, especially the United States. But the
difference between then and now is as stark as night and day.
This was evident at a recent seminar on the elections at Universiti
Utara Malaysia. Among the panelists were Penang deputy chief minister
Dr P. Ramasamy, PAS politician Mujahid Rawa and deputy minister
Saifuddin Abdullah.
Saifuddin had a tough time getting his points across as he was booed
consistently by the young audience.
Dr Mansor Mohd Noor, a political analyst who was in the hall, said:
"There has been a change in the political environment in West
Malaysia. Malaysians want to know about the vision of this country.
Any attempt at character assassination or personal attacks will not go
down well with the public. The focus is on integrity, good governance,
just policies. If you cannot articulate all this, then your relevance
is limited.''He noted that voters, including Malays, were upset that the Barisan
Nasional attacked Anwar a few days before the polls as an
untrustworthy politician." Many people believe that he was the wronged party in 1998 and had 6
years taken away from him. Calling him a foreign agent will be like
selling an old newspaper. And not a credible one," Dr Mansor.
Still, he believes that Tun Mahathir is attempting to show the Umno
rank and file that only he has the fire in the belly to take on Anwar.
His pitch – though old and out-of-date with many Malays – could find
support within a party searching for a leader to stop the seemingly
unstoppable march of the Anwar-led opposition

Mukhriz terlalu mentah?

Mukhriz Tun Mahathir satu nama baru dalam kancah politik tanah air yang dahulunya tidak pernah memperdulikan langsung dunia politik ini, walaupun ayahnya adalah seorang tokoh politik. Mukhriz begitu bijak kerana tidak mahu membabitkan diri dalam politik ketika itu dan lebih senang menjalankan perniagaan kerana peluang perniagaan terbuka luas buatnya. Apa perlu bersusah-susah payah berpolitik. Setelah ayahanda beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri nama Mukhriz tiba-tiba saja melonjak dalam kancah kontraversi politik. Nama belia mula diberikan perhatian setelah dua kali membuat kenyataan yang mencabar Perdana Menteri. Mukhriz bernasib baik kerana Perdana Menteri yang dicabar bukan bernama Dato Seri Dr Mahathir, jikalah nama Perdana Menteri yang dicabar ini bernama Dato Seri Dr Mahathir pasti Mukhriz tidak lagi menjadi ahli UMNO sekarang. Kadangkala ingin juga kita bertanya, besar sangatkah jasa Mukhriz kepada UMNO. Besar sangatkah sumbangan beliau kepada UMNO dan Negara. Berapa banyak sumbangan beliau dalam Pemuda UMNO. Besarkah sumbangan Peace Malaysia sehingga beliau layak berkokok bagaikan ayam jantan sehingga biadab kepada orang yang telah kian lama dan telah banyakkah berjasa kepada UMNO. Jika di zamam ayahandanya yang menjadi Perdana Menteri tentu ayahandanya telah mengakhirkan kerjaya politik beliau. Rasanya, baru saja sepenggal Mukhriz benar- benar melibatkan diri. Jasanya kepada UMNO belumpun lagi kita nampak.Apakah Mukhriz sudah layak untuk bersuara dan mengasah taji sabungnya kepada Perdana Menteri yang telah lama dan banyak berjasa kepada UMNO. Jika bukan kerana Tun tak mungkin ada siapa yang pedulikan si Mukhriz ini.

Mana Mukhriz semasa pilihan-pilhanraya kecil dari Kuala Berang, Pangkalan Pasir, Machap, Batu Talam dan Ijok? Tidak pernah kelihatan memberi ucapan menerangkan perjuangan UMNOnya, tidak dilihat bersama pengundi atau rakyat di kawasan kawasan yang dipertandingkan, malah mengunakan alasan KJ dan Hishamuddin tidak memberi peluang. Kalau saudara pernah ke pilhanraya kecil, kat kedai kopi tu pun dah jadi medan perang, jadi apa alasan Mukhriz? Memang sumbanganya amat kecil dan tidak di rasai langsung oleh rakyat dan ahli UMNO.

Hishamuddin pernah sendiri menyatakan kepada Bendaharinya Dato Hamid Norazahar dan Setiusaha Pemuda Dato Rahman Dahlan yang "....bagi apa-apa program atau Aman Malaysia pun hancur kalau bagi Mukhriz'" dan Mukhriz ini seorang yang kedekut, seperti claim claim expenses melawat bahagian bahagian walaupun seorang jutawan bawah 40 tahun, masih meminta Pemuda UMNO untuk bayarkan tambang dan claim perjalanan (duit minyak).

Kenapa Mukhriz tidak pernah dengan terbukanya memberi bantuan melalui syarikat syarikat besarnya atau pun menubuhkan Yayasan bersama abang abangnya yang kaya raya. Mana pernah terdengar tiket tiket Formula 1 yang pengerusi Litar Sepang F1 bukan lainnya Dato Mokhzani kekanda Mukhriz deiberi secara percuma ke rakyat yang tak boleh mampu, kerana tiket di letak atas paras harga international. Juga sebagai Pengerusi ANSARA apa yang Mukhriz sumbang??Jika Mukhriz merasakan beliau yang paling layak mengkritik Pak Lah tanpa segan silu eloklah Mukhriz menyimpan perasaan segan beliau pada veteran-veteran UMNO yang lain dan perasaan hormat dengan ketua-ketua pemuda dan ahli-ahli pemuda yang telah menabur bakti kepada UMNO. Apakah apa yang di salak oleh Mukhriz benar-benar untuk orang melayu atau untuk mencari populariti untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Al Qiamat

Assalamualaikum. ..Just to share....... ........ Sesiapa yang arif, boleh pastikan hadith> ini siapakah perawinya. Takutnya sempat ke kita nie ?
a) Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500> tahun...sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita> ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar,> bumi > > akan kiamat pada tahun 2066 > > > > b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi> yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan> melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya> dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai> sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan> melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar> daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.... > > > > c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...> Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,disebabkan> oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa> hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa> wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan> Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066... . > > > > Wallahu'alam. .. > > Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith> yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500> tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda> kirakan sendiri... > >